Sunday 11 May 2014

My First Car

The New 2015 Mercedes C-Class
Gambar kat atas ni takde kena mengena dengan kereta yang aku baru beli. Kereta ni 5 tahun lagi baru aku beli inshaAllah. Anyway, arini aku nak share macam mana aku berjimat dengan beli kereta second hand. Yela kalau tengok keadaan ekonomi & kos hidup sekarang ni, memang tak cukup duit gaji dibuatnya. Kata la gaji fresh grad sekarang ni RM3000, sewa rumah RM500, makan minum, tol, bil, parking, belanja, apa semua dah RM1500, so balance tinggal la RM1000 sebulan. Haa kalau nak kira memang banyakla duit kan? Seribu tu macam-macam bole buat, bole tukar handphone, handbag, kasut, makan restoran best-best, nak pulak AirAsia ade sale, memang pegi Australia jela every month. Tapi semua itu dusta..sebab jangan lupa yang korang kena ada transport nak pegi kerja or menjalani kehidupan seharian. Sape yg boleh survive naik bas or public transport pegi mana-mana memang bagus la, boleh save duit. Anyway, berbalik pada kereta tadi. Kalau beli kereta baru, korang dah kena tolak around RM600-1000 sebulan untul instalment kereta, depend on kereta apa yang korang nak beli. Nak nak pulak kawan ofis semua beli kereta baru, korang pun mestila tercabar kan. Last-last memang korang takde saving langsung sampai ke tua. Australia entah ke mana, apa entah kemana.

Ok tadi korang dah tengok camne korang spend duit bayar kereta. So camne cara nak elak bayar duit kereta ni tapi at the same time korang boleh travel ke mana saja naik kereta. Cara yang aku buat ialah dengan membeli kereta second hand..secara cash. yup secara cash, meaning aku takde hutang dengan bank untuk beli kereta. tiap-tiap bulan, takyah nak transfer duit gaji masuk akaun loan kereta. haa camne aku buat? banyak ke duit aku nak beli kereta second hand cash? bole ke semua orang buat camni? jawapannye semua orang boleh.

kalau korang beli brand new car, tak kira apa brand & model, korang still kena keluarkan cash untuk bayar 10% deposit..kan? unless korang amik full loan 100% untuk beli kereta tapi aku taknak cerita pasal topik ni. ok kata la korang nak beli myvi or honda city, korang still kena bayar deposit ranging from RM5-8 ribu kan? haa so duit ni la aku guna untuk beli kereta second hand aku. murah korang kata? of course la murah, sebab kereta yang aku beli ni bukan berjenama toyota vios or honda city.

Ni la kereta aku - 2004 1.3 Proton Saga manual. Umur dah 10 tahun tapi still cun. Such a good buy. Gambar ni masa kat kedai kereta kat Ipoh.

Exterior kereta ni memang superb. berkilat lagi.
Seperti yang korang nampak kat gambar atas ni, aku beli proton saga aeroback manual tahun 2004 in good running condition berharga RM8500..campur tukar tayar baru & servis semua, the total cost of the car hanyalah RM9500. in less than RM10000, aku dah dapat sebuah kereta yang bole aku guna nak pegi kerja and balik kampung. yang bestnye, aku takyah pikir pasal monthly instalment and since kereta aku ni proton saga, aku takyah risau pasal maintenance sebab seperti yang korang sedia maklum, spare parts proton ni bersepah-sepah di mana saja & semua pomen kat malaysia ni tau nak repair. hantar kedai bawah pokok pun diorang tau nak buat. lagi satu, duit instalment yang aku dah berjaya jimat sebanyak 700-800 sebulan tu bolehla aku menabung atau gunakan untuk aktiviti lain yang lebih bermanfaat seperti pegi Australia. apapun, korang kena pikir matlamat korang beli kereta..adakah untuk bersaing dengan rakan sepejabat or berbangga dengan saudara mara di kampung ataupun untuk bawak korang pegi ofis. kalau setakat nak pegi from point A to point B, any car will do. macam aku, aku pun nak jugak pakai kereta yang selesa sikit nanti, so by doing this, by saving on monthly car instalment sekarang ni, bolela aku berjimat untuk beli kereta idaman aku macam kat atas tu nanti. InshaAllah. So korang pun bolela guna cara aku ni kalau nak berjimat. Just start small. Bawah ni aku buat breakdown bagi korang senang kira and paham perbandingan yang aku buat untuk beli kereta baru & second hand.

*Calulation below is just an estimate to compare the costs of owning a second hand car vs brand new car. Might not work for everyone.

Second Hand Car (2004 Proton Saga)
Cost: RM 8500 + RM 1000 Service = RM 9500
Monthly Instalment: None (saving of RM600 a month)
Yearly Service: RM1000 (preventive maintenance, wear and tear)
Total Cost Per Year: RM 10500 (for 1st year only), RM 1000 for subsequent years for maintenance.

Brand New Car (2014 Proton Persona)
Cost: RM6000 (10% downpayment)
Monthly Instalment: RM 600 (7 year loan)
Yearly Service: RM 500
Total Cost Per Year: RM 13700 (for 1st year only; RM6000+RM7200 instalment+RM500 service), RM 7700 for subsequent 6 years.

Since aku boleh save RM600 sebulan daripada duit instalment kereta, setahun aku dah jimat RM7200! Dah boleh beli satu lagi kereta second hand & bukak kedai kereta sewa! You got the idea. Jom berjimat!

Wallahu'alam.




No comments:

Post a Comment